Tuesday, August 31, 2010

Rambut Panjang Mayang Mengurai

Perihalnya begini.

Kalau I berambut panjang maksudnya I sedang berboyfriend at that particular time. Ini kerana I pun tak tahu mengapa nasib I mendapat boyfriend yang suka gadis mereka berambut panjang. Barangkali rambut hitam dan ikal yang beralun I yang cantik ini menjadi faktor utama mereka menyuruh I menyimpan rambut.

Tidak. I bukan tunduk pada telunjuk boyfriend, bahkan, dalam sesuatu hubungan, I akan menjadi lebih controlling dalam segenap sudut. Tapi at times kita kena compromise, mencantikkan diri kepada bakal suami (insya Allah) supaya mereka tak cari lain.

Hakikatnya I lebih gemar berambut pendek. Senang dijaga. Tak perlu fikir nak beli pengikat rambut ataupun sepit rambut. Kalau travel pula tak perlu risau rambut basah dan masam dan sebagainya.

Tapi, ada twistnya di sini. Sekiranya I dilihat berambut pendek dalam masa terdekat ini, maksudnya ada seorang gadis cantik sedang bergaduh besar dan memberontak dengan boyfriendnya.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Related Posts with Thumbnails